Apa itu patch test dan kenapa ianya sangat penting?

crop ethnic woman applying cream on face against mirror

“Wah macam best! Nak try lah!”

Lepas dah baca ingredient, baca review dan tengok segala testimoni, mesti kita excited gila nak cuba satu-satu skin care tu kan? Lagi-lagi kalau brand favourite kita keluarkan produk baru.

Stop! Sebelum awak nak cuba sebarang skincare, wajib buat patch test dulu. Walaupun kulit kita bukanlah kulit sensitif, kita tak tahu sejauh mana kesesuaian kulit kita dengan ingredient dalam skincare yang kita baru nak cuba.

Patch test tu apa sebenarnya? Secara asasnya patch test bertujuan untuk uji kesesuaian produk terhadap skin kita dengan cara apply pada bahagian tertentu, sebelum digunakan secara menyeluruh di bahagian muka.

Katakanlah produk tu tak sesuai dengan skin kita dan kita terus pakai dekat muka tanpa buat patch test, apa akan jadi? Menyesal pun dah tak guna kalau muka dah breakout atau mengalami allergik.

Cara-cara buat patch test.

  1. Apply lebih kurang sebesar syiling 20 sen di bahagian yang sesuai untuk buat test seperti pergelangan tangan, lengan, dagu, jawline & belakang telinga.
  2. Jangan apply di bahagian yang mempunyai masalah kulit seperti bahagian yang berjerawat dan allergik.
  3. Test satu produk sahaja dalam satu masa supaya kita tahu produk mana punca jika breakout.
  4. Perhatikan sebarang perubahan di bahagian patch test dalam masa 24 jam.
Antara bahagian yang sesuai untuk buat patch test.

Berapa lama nak buat patch test ni? Disarankan sekurang-kurangnya test untuk seminggu. Bergantung kepada kulit setiap individu. Tapi kalau ada reaksi allergik seperti kemerahan dan gatal, perlu stop segera.

Tanda-tanda produk tak sesuai dengan kulit kita.

  1. Naik merah-merah dan gatal (rashes dan irritation).
  2. Menyebabkan clogged pore.
  3. Naik jerawat yang teruk.
  4. White head dan black head makin teruk.
  5. Kulit rasa tegang dan menghakis.
  6. Rasa panas atau pedih.


Jika ada tanda-tanda di atas sepanjang awak buat patch test, itu tandanya produk tersebut tak sesuai untuk kulit awak. Stop guna produk tersebut, basuh dengan air suam dan guna gentle cleanser, lepas tu apply moisturizer.

Sepanjang buat patch test ni awak jangan pula stop skincare routine sedia ada. Produk yang tengah pakai sekarang tu boleh pakai macam biasa. Asalkan jangan pakai dekat bahagian yang buat patch test.

Ingat, sesuai untuk orang lain, belum tentu sesuai untuk kita, walaupun skincare tu 100% natural sekali pun. Thats all for now. Thank you for reading. Harap tips kali ni membantu. Jangan lupa taw, patch test dulu!

spread the word

2 comments

    Avatar

    hair, saya dh guna mcm ii produk and dh jumpa doctor but kulit still break out and makin teruk sampai slalu down and dah tak confident mcm dulu. Saya jadi malu untuk nk kluar even nk jumpa dik beradik yg lain dekat rumah atok pon malu sbb semua family saya kulit semua cantik ii and takdk masalah kulit . Kalau keluar lagi la tunduk ja sbb dh tak confident. Dah try mcm mcm skin care , dah jumpa doc still sama and duit pon dh habis banyak. Skin saya ada masalah eczema dan sangat sensitive. Kalau tengok cermin rasa nk nangis ja sbb dari dulu slalu cakap takpa nanti muka elok la but still mcm tu jugak. 🙂

    Avatar

    Boleh bantu kawan saya.dia ada masalah kulit yg teruk.akibat dari prodak merkuri

Leave a Reply

RELATED ARTICLES

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping
error: Content is protected!