My Cart

Close

FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA ON ORDERS ABOVE RM180.00

KESAN DIET PEMAKANAN KEPADA KULIT

aina beauty

Posted on February 04 2019

 

Kesan Diet Pemakanan Kepada Kulit

 

 

Assalamualaikum semua, hari ni Ainaa nak share kepada semua bagaimana makanan boleh memberi kesan kepada kulit kita. Ainaa selalu je dengar dan baca bahawa diet pemakanan tu kena jaga tapi hmmmm...biasala kan, makanan kat Malaysia ni sedap sangat apa lagi masa tu ada promo.

Mula-mula Aina tak kisah, sebab rutin kecantikkan sentiasa dijaga so ingatkan takkan beri kesanlah kepada kulit. Bukan Ainaa sorang je yang experience benda ni. Ramai je kawan-kawan Ainaa beli skincare mahal-mahal buat treatment, kesannya sekejap je. after few days, mulalah kulit buat hal balik especially kat muka. Ainaa mengaku confident level time tu memang down no matter how hard Ainna try to be myself. Yes, beauty varies tapi kalau kulit tak sihat apa gunannya. Kalau kulit sihat, kulit pun akan jadi cantik, kan? Siapa tak nak.

So, Ainaa decide untuk cabar diri supaya jaga pemakanan. Ainaa cuba one week challenge - NO FAST FOOD, NO AIR MANIS-MANIS, BANYAKKAN MAKANAN BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN dan MINUM AIR KOSONG BANYAK-BANYAK. Rutin kecantikkan Ainaa sentiasa konsisten - basuh muka 2 kali sehari dengan AINAA Cleanser, apply AINAA Serum, pelembap dan akhirnya AINAA Sunscreen (ni pakai kalau nak keluar pada waktu siang).

Alhamdullilah, kesannya memang positif. Kulit Ainaa tak cepat breakout, kulit lagi licin dan lembap. Since Ainaa dah cuba dan dapat kesan yang baik, Ainaa nak share kepada diet pemakanan ni boleh affect kulit kita:

  1. Antioksidan dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu melawan kesan penuaan pada kulit.

  2. Omega 3 fatty acids dalam ikan pula mampu menjadikan sel membran plasma lebih kuat dan elastik - sel kulit berfungsi dengan lebih efisyen & efektif.

  3. Tomata dan minyak zaitun mengandungi antioksidan yang bertindak melindungi kulit daripada rosak akibat pancaran matahari.

  4. Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai dairy yang tinggi seperti white bread, susu, keju dan pasta sebab boleh menyumbang kepada breakouts & pengeluaran hormon stress.

  5. Kurangkan pengambilan lemak haiwan berlebihan kerana boleh menganggu fungsi sel.

  6. Minum air kosong banyak-banyak- membekalkan kelembapan kulit, meningkatkan tahap kefungsian kulit.

Ni antara tips yang Ainaa amalkan . Diharap tips ni pun boleh membantu korang kat luar sana. Tips ni pun Ainaa dapat hasil daripada pembacaan dan video . So Ainaa cuma amalkan yang mudah sahaja. Alhamdulillah okay, yang penting kena jaga pemakanan dan rutin kecantikkan ni kenalah konsisten. Sekian .