My Cart

Close

FREE SHIPPING WITHIN MALAYSIA ON ORDERS ABOVE RM180.00

KEPENTINGAN RUTIN KECANTIKKAN

aina beauty

Posted on February 11 2019

Sering kali di Instagram mahupun mana-mana laman internet kita lihat banyak berkongsi berkenaan dengan pentingnya rutin kecantikkan. Ramai je para blogger dan pakar-pakar kecantikkan kat luar sana Ainaa tonton dan baca tips rutin kecantikkan dorang, dari makeup sehinggalah cara pembersihan muka.

 

So, untuk kali Ainaa nak berkongsi kenapa wajibnya ada rutin kecantikkan. Bukan untuk perempuan je tau, tapi lelaki pun kena ada. Kecantikkan itu juga merupakan daripada sebahagian kesihatan  dan kebersihan kita. Rutin kecantikkan yang Ainaa nak kongsikan ni bukanlah fokus kepada kecantikkan je tapi kebersihan dan kesihatan. Dari situlah orang akan menilai penampilan kita. First impression matters okay.

 Kepentingan Rutin Kecantikan

Tahu tak, kulit kita adalah organ terbesar dan sepertimana kita menjaga organ-organ kita lain seperti jantung, dada dan lain-lain. Memang ada yang akan rasa rutin kecantikkan ni adalah leceh dan kurang penting. No, no, hentikan fikiran sebegitu. Adalah lebih baik mencegah daripada mengubati. Pencemaran yang semakin berleluasa, diet pemakanan yang tidak seimbang, sinaran UVA/UVB , pendedahan dengan penggunaan teknologi yang mengeluarkan cahaya biru adalah antara penyumbang kepada kulit yang tidak sihat.

 

Oleh itu, tidak terlambat untuk kita mulakan rutin kecantikkan sekarang. Its better now than never. Penuaan kulit (garisan halus, kedutan, jeragat,etc.) memang kita tidak dapat hindarkan kerana itu merupakan lumrah kehidupan tapi sekurang-kurangnya kita boleh melambatkannya. Dengan adanya rutin kecantikkan juga, at least kita dapatlah jaga kesihatan dan kebersihan kulit.

 

Dalam rutin kecantikkan, antara asas yang kita perlu masukkan adalah pembersih muka, serum atau pelembap (ada kedua-duanya adalah lebih baik) dan akhirnya sunscreen. Untuk memastikan kulit sentiasa lembap, gunakan losyen. Ainaa selalunya akan apply losyen after setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur, dua kali sehari.

 

Bahan-bahan dalam produk-produk kecantikkan ni bukan 100% tak baik untuk kulit tetapi ia bergantung kepada reaksi kulit terhadap bahan tersebut. Antaranya bahan-bahan yang selalu terkandung dalam produk adalah butyl methoxydibenzoylmethane yang berfungsi untuk menyerap sinaran UV, tocopheryl acetate adalah sumber vitamin E dan membantu dalam healing process selain melembapkan kulit dan banyak lagi bahan-bahan yang lain. Bahan-bahan seperti Ainaa terangakan tadi ada dalam AINAA Sunscreen with SPF50 PA++ , boleh memberi perlindungan kulit selama 4-8 jam.

 

Diharap apa yang Ainaa kongsikan sedikit sebanyak membantu korang agar sedar betapa pentinganya rutin kecantikkan tu demi kesihatan dan kebersihan kulit. Untuk memilih produk yang sesuai, bolehlah rujuk kepada pakar atau buat kajian sendiri ya. Kalau cuba semua je, tak elok juga sebab risiko iritasi dan alahan tu besar. So hati-hati ya. Ni hanya sekadar perkongsian daripada hasil bacaan dan pengalaman Ainaa.